Lidah Resmi Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian | Official Website of the Crop Quality Control Division, Dept of Agriculture

Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Crop Quality Control Division
 
Projek Utama
Main Projects
Organisasi
Organisation
Berita Terkini
Latest News
Aktiviti
Activities
Khidmat Kepakaran
Expert Services
Konsultansi Antarabangsa
International Consulting
Kembali
Home
Seksyen Akreditasi Ladang
Faram Accreditation Section
Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan
Plant Variety Protection Registration Section
Seksyen Kawalan Kualiti Benih Tanaman
Crops Seed Quality Control Section

 Kembali | Direktori | Akreditasi > SALM, SOM | Varieti Baru Tumbuhan | Benih Berkualiti | AgriBazaarPortal PVP | Portret Kejayaan | Forum
 Home | Directory | Accreditation > SALM, SOM | New Plant Varieties | Quality Seeds | AgriBazaarPVP Portal | Success Stories | Forums

.: Projek-projek Utama & Pembangunan Terkini
.: Main Projects & its Latest Developments
APB.jpg (564957 bytes)
Kempen Amalan Pertanian Baik (APB/GAP) 
Pelaksanaan/Galakan
Persijilan Akreditasi
    Ladang Baik


Penguatkuasaan Perlindungan Varieti Baru
   Tumbuhan

Penggubalan Akta Benih Tanaman
Berita | News:
Aug 2006
Special focus: The Fruit Valley, KLIA Times, premier issue 2006
TheFruitValley1.jpg (607786 bytes)KLIA Timespic (Aug 06)

Besides receiving certification from DOA for GAP (SALM), it has also won the EurepGAP....

13/8/2006
Seed is everything, Sunday Star
FAO-SeedIsEverything.jpg (709611 bytes)SundayStarpic (13/8/06)


13/8/2006
Signs of a brighter future for Johor, Sunday Star
BrighterFuture4Johor.jpg (886513 bytes)TheSTARpic (13/8/06)



12/8/2006
Series of high-impact agri projects for roll-out, The Star
HighImpactAgriProj.jpg (642598 bytes)TheSTARpic (12/8/06)

9/8/2006
Bank Biji Benih diwujudkan di bawah RMK-9, Utusan Online
9/8/2006
Bank biji benih ditubuh, Berita Harian Online 
11/8/2006
Hanya benih padi disah Jabatan Pertanian diguna 2009, Utusan Malaysia
Hanya_benih_padi_sah.jpg (555883 bytes)Utusanpic (11/8/06)

19/5/2006
PM: Strengthen your core business before diversifying, NST Online
19/5/2006
Mampu berikan pendapatan lumayan - PM, Utusan Malaysia
PMpinkguava.jpg (38922 bytes)NSTOnlinepic (19/5/06)

Klon jambu baru 'Pak Lah 1' (PL1)....

4/5/2006
CCM gunakan MSAM 2006, Utusan Malaysia: Celik
APBksawit.jpg (848189 bytes)Utusanpic
(4/5/06)

Dr Mohd Hashim Tajuddin, Pengarah Urusan Kumpulan CCM, melancarkan Manual Amalan Pertanian Baik untuk Kelapa Sawit....

17/2/2006
Jabatan Pertanian cetuskan era petani komersial, Utusan Malaysia
UMagro17feb06i.jpg (650991 bytes)Utusanpic (17/2/06)



9/12/2005
Meeting national rice demand with high-yield seedlings, The Star
HYseedlings,rice.jpg (322322 bytes)TheSTARpic (9/12/05)


 

 

 


Berita sebelumnya |
Previous news...

APB-bh1.jpg (1098177 bytes)Perasmian Amalan Pertanian Baik (APB)... oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, pada 22 September 2005 di Ladang Nasuha, Pagoh, Muar, Johor.

< BHarian
pic (23/9/05)

Kempen Amalan Pertanian Baik (APB) 

Pelancaran telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 22 Sept 2005 baru lalu bertempat di Ladang Nasuha, Pagoh, Muar, Johor.

Pertandingan Kempen Promosi APB telah dianjurkan bersempena pelancaran bagi menerapkan kefahaman generasi muda. Dua pertandingan telah diadakan, melukis dan menulis esei APB.

Kursus hands-on APB/Kempen Penerangan APB kpd Pengusaha Tani dan Orang Awam telah/akan dianjurkan pada Sept 2005 dan sepanjang Nov/Dis 2005 di setiap negeri. Ketiga-tiga komponen – tanaman, ternakan dan perikanan dirangkumkan sekali – selari dengan usaha memperkenalkan pensijilan SALM, SALT dan SPLAM.

Satu siri
Kursus APB bagi Usahawan MPPB telah dijalankan/dirangka untuk pelaksanaan dalam masa yang terdekat, yakni:
   o Kursus GAP Bagi Usahawan MPPB (11-14/9/2005, Cameron Highlands)
   o Kursus GAP Bagi Usahawan MPPB (17-20/9/2005, Langkawi)
   o Kursus GAP Bagi Juruodit SALM (28/11-1/12/2005, Langkawi)

Kursus dirangka khas ke arah mendapatkan pensijilan SALM kepada usahawan tanaman bimbingan MPPB. Pakar runding dari Vibrant Yield Sdn Bhd terlibat dalam penganjuran kursus-kursus ini.

Promosi Menerusi Papan Billboard Poster APB  
  
< Contoh Billboard Poster APB (40'x10') selepas Seremban RSA, menuju Nilai... (BKKTpic)

 
  o Proses pemberian sebutharga kepada kontraktor 
      Bumiputera bagi sewaan papan billboard untuk
      memaparkan poster APB di seluruh negara akan dipasang
      bermula awal Nov 2005, meliputi tempoh 1 tahun. 

   o Pemilihan lokasi tertumpu di sepanjang lebuh raya
      utara-selatan/ laluan strategik dan berhampiran dengan kawasan utama pertanian. 
      
      Kesemua negeri termasuk Sabah dan Sarawak telah mengesyorkan lokasi masing-masing.


Round Table Discussion (RTD) on GAP in Agriculture – Anjuran NPC

Dua orang Pengarah dari Jabatan Pertanian telah terlibat menyumbang memberi maklumbalas mengenai APB pada 15 Sept 2005. Forum RTD ini menyingkap persoalan yang timbul berkisar kepada bagaimana konsep GAP dapat membantu melipatgandakan produktiviti dan daya saing dalam eksport barangan pertanian, keselamatan makanan dan kebersihan.


  Pelaksanaan/Galakan Persijilan Akreditasi Ladang Baik 

Skim Akreditasi Ladang Baik Malaysia (SALM)

Seramai 41 Pegawai Pertanian berbagai pangkat dari berbagai Bahagian/ Negeri telah dikenalpasti dan dilantik sebagai “Pegawai Kumpulan APB-SALM” di Jabatan Pertanian. Pegawai/Pakar berkenaan akan menjadi champion/pakar rujuk kepada usaha Jabatan Pertanian mempromosi dan memupuk APB di kalangan petani, usahawan tani dan orang awam di setiap negeri.

Setakat ini 150 ladang telah memperolehi pensijilan SALM, daripada sejumlah 932 permohonan. Satu kajian sedang dalam peringkat perancangan untuk mengenalpasti faktor penghalang kepada prestasi yang “agak lembab” di kalangan komuniti tani.

Sesi-sesi perbincangan dengan “Pegawai Kumpulan APB” di Jabatan–jabatan Pertanian Negeri untuk memperbaiki kedudukan dan kemajuan penerimaan SALM telah mula dijalankan dan akan dipesatkan lagi dalam masa yang terdekat.

Skim Organik Malaysia (SOM)

Kumpulan pertama permohonan daripada 5 ladang telah memohon untuk memperolehi pensijilan SOM -- masih lagi di peringkat pemeriksaan akhir sebelum dipertimbangkan oleh J/Kuasa Pensijilan SOM.


Penguatkuasaan Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 

Komponen 1:   Sub-projek Penguatkuasaan Varieti Baru Tumbuhan: Usaha-usaha utama akan tertumpu kepada:
 
        o  Keperluan Ujian Ladang (Ujian DUS) 
             
§  Pembelian bahan makmal - PVP Serdang 
              §  Penyediaan tapak ujian DUS - Serdang, Hulu Paka

        o  Perkhidmatan Pakar (Pegawai penilai/pemeriksa
             
§  Menjalankan Ujian DUS – khidmat oleh pakar runding/Pegawai pemeriksa terlatih/
                 berpengalaman

        o  Latihan & Seminar                               
              §  Mesyuarat/Bengkel PVBT 2004 – pendedahan awal kepada bakal Pegawai penilai/
                 pemeriksa
              §  39th Ordinary Session of UPOV – Geneva
              §  Expert Course on PVT/DUS (oleh Pakar dari Wagenighen, Negara Belanda)
              §  Asian Regional Technical Meeting on Plant Variety (UPOV/DOA, Kuala Lumpur)

        o  Kempen & Promosi: Pendedahan Akta PVBT 2004
              §  Pembangunan Laman web Bhg Kawalan Kualiti Tanaman (in-house) – termasuk memuatkan
                  Berita Terkini mengenai PVBT
              §  Kempen & Promosi untuk Wilayah Utara/Timur - AO Daerah/Bakal Pembiakbaka
              §  Kempen & Promosi untuk Wilayah Tengah/Selatan - AO Daerah/Bakal Pembiakbaka
              §  Kempen & Promosi untuk Sabah/Sarawak - AO Daerah/Bakal Pembiakbaka

Komponen 2:   Sub-projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sumber Genetik
       
berpranan menghimpun, memulihara dan menilai spesis-spesis buah-buahan, tanaman ubatan,
        rempah ratus dan tanaman-tanaman lain melalui pembangunan aboretum. 

        Satu usaha berkait dengan PVBT ialah menerusi:

         o  Pembangunan dan penyelenggaraan Repositori untuk 11 stesen mewakili wilayah-
            wilayah di 9 buah negeri.

Komponen 3:   Sub-projek Pengurusan Teknologi Maklumat - Pembangunan PVBT
        (Kawalan Kualiti Tanaman)
dan PPIRRS (Kawalan Racun Perosak)

        Pembangunan aplikasi ICT adalah input kritikal dalam penguatkuasaan PVBT – menerusi satu
        delivery system online yang mantap dan citizen-centric untuk kegunaan bakal pembiakbaka,
        golongan sasar dan orang awam.

       
Satu aplikasi berinternet berkait dengan pelaksanaan Akta PVBT 2004 perlu dibangun,
        diselenggara dan melalui outsourcing, iaitu:

         o  Pembangunan Sistem Data Online Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (PVBT)
           
Putrajaya/ Serdang

Komponen 4:   Sub-projek Pembangunan Pusat Kecemerlangan Jabatan perlu berperanan
        sebagai pusat rujukan teknologi pertanian terkini bagi para pegawai, usahawantani dan
        agropreneurs. Di samping itu ianya perlu berfungsi sebagai pusat khidmat kejenteraan dan
        automasi, pusat pengeluaran benih bermutu, dan pusat latihan hands-on untuk memenuhi
        keperluan pelanggan/ stakeholders. Satu usaha awalan berkait dengan PVBT ialah menerusi

         o  Pembangunan dan penyelenggaraan Tapak Ujian DUS di Serdang, Selangor dan Hulu
            Paka, Terengganu.


Penggubalan Akta Benih Tanaman 

Akta Benih Tanaman - satu mekanisme perundangan bagi memastikan kedapatan benih berkualiti di dalam pasaran untuk kegunaan petani. Pada masa yang sama ia dapat menjamin kepentingan semua stakeholders dalam industri bijibenih. 

Sebagai langkah permulaan, satu Skim Pengesahan Benih Tanaman (SPBT) untuk tanaman buah-buahan akan dibangunkan ~ khususnya bagi menjamin benih berkualiti disahkan dari yang sub-standard

 INTERNATIONAL LINKS 
EUREPGAPAPSA.gif (1064 bytes)
© Arifin Abdul Latif 2005-2006
arifin@doa.gov.my
| arifin@agribazaar.com.my
Kemaskini terakhir | Last updated:
 23 October 2006 09:10:54 PM