|
Program/Projek
Utama & Pembangunan Projek Terkini
|
Kempen Amalan Pertanian Baik (APB/GAP)
|
|
Pelancaran telah disempurnakan
oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 22 Sept 2005
baru lalu bertempat di Ladang Nasuha, Pagoh, Muar,
Johor. |
|
Pertandingan Kempen
Promosi APB telah dianjurkan bersempena pelancaran bagi menerapkan
kefahaman generasi muda. Dua pertandingan telah diadakan, melukis
dan menulis esei APB. |
| Kursus hands-on
APB/Kempen Penerangan APB kpd Pengusaha Tani dan Orang
Awam
telah/akan dianjurkan pada Sept 2005 dan sepanjang Nov/Dis 2005 di
setiap negeri. Ketiga-tiga komponen tanaman, ternakan dan
perikanan dirangkumkan sekali selari dengan usaha memperkenalkan
pensijilan SALM, SALT dan SPLAM. |
|
Satu siri Kursus
APB bagi Usahawan MPPB telah dijalankan/dirangka untuk
pelaksanaan dalam masa yang terdekat, yakni:
o
Kursus GAP Bagi
Usahawan MPPB (11-14/9/2005, Cameron Highlands) o
Kursus GAP Bagi
Usahawan MPPB (17-20/9/2005, Langkawi) o
Kursus GAP Bagi
Juruodit SALM (28/11-1/12/2005, Langkawi) |
| Kursus dirangka khas ke
arah mendapatkan pensijilan SALM kepada usahawan tanaman bimbingan
MPPB. Pakar runding dari Vibrant Yield Sdn Bhd terlibat dalam
penganjuran kursus-kursus ini. |
|
Promosi
Menerusi Papan Billboard Poster APB
o
Proses
pemberian sebutharga kepada kontraktor Bumiputera bagi sewaan
papan billboard untuk memaparkan poster APB di seluruh
negara akan dipasang bermula awal Nov 2005, meliputi tempoh 1
tahun.
o
Pemilihan
lokasi tertumpu di sepanjang lebuh raya utara-selatan/ laluan
strategik dan berhampiran dengan kawasan utama pertanian. Kesemua
negeri termasuk Sabah dan Sarawak telah mengesyorkan lokasi
masing-masing. |
|

<<
Contoh Billboard Poster APB (40'x10') selepas Seremban RSA,
menuju Nilai... |
Round Table Discussion
(RTD) on GAP in Agriculture Anjuran
NPC
Dua orang Pengarah dari
Jabatan Pertanian telah terlibat menyumbang memberi maklumbalas
mengenai APB pada 15 Sept 2005. Forum RTD ini menyingkap persoalan
yang timbul berkisar kepada bagaimana konsep GAP dapat
membantu melipatgandakan produktiviti dan daya saing dalam eksport
barangan pertanian, keselamatan makanan dan kebersihan. |
Pelaksanaan/Galakan Persijilan Akreditasi Ladang Baik
|
Skim
Akreditasi Ladang Baik Malaysia (SALM) |
Seramai
41 Pegawai Pertanian berbagai pangkat dari berbagai Bahagian/ Negeri
telah dikenalpasti dan dilantik sebagai Pegawai Kumpulan APB-SALM di Jabatan Pertanian.
Pegawai/Pakar berkenaan akan
menjadi champion/pakar rujuk kepada usaha Jabatan Pertanian
mempromosi dan memupuk APB di kalangan petani, usahawan tani dan
orang awam di setiap negeri. |
Setakat ini 150 ladang
telah memperolehi pensijilan SALM, daripada sejumlah 932
permohonan. Satu kajian sedang dalam peringkat perancangan
untuk mengenalpasti faktor penghalang kepada prestasi yang agak
lembab di kalangan komuniti tani. |
Sesi-sesi perbincangan
dengan
Pegawai Kumpulan APB di
Jabatanjabatan Pertanian Negeri untuk memperbaiki kedudukan
dan kemajuan penerimaan SALM telah mula dijalankan dan akan
dipesatkan lagi dalam masa yang terdekat. |
Skim
Organik Malaysia (SOM)
Kumpulan pertama
permohonan daripada 5 ladang telah memohon untuk memperolehi
pensijilan SOM -- masih lagi di peringkat pemeriksaan akhir
sebelum dipertimbangkan oleh J/Kuasa Pensijilan SOM.
|
| ...................................................................................................................................... |
Penguatkuasaan
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan |
|
v
Komponen
1: Sub-projek Penguatkuasaan Varieti Baru Tumbuhan:
Usaha-usaha utama akan tertumpu kepada:
o
Keperluan Ujian Ladang
(Ujian DUS)
§
Pembelian bahan makmal
- PVP Serdang
§
Penyediaan tapak ujian
DUS - Serdang, Hulu Paka
o
Perkhidmatan Pakar
(Pegawai penilai/ pemeriksa)
§
Menjalankan Ujian DUS
khidmat oleh pakar runding/
Pegawai pemeriksa terlatih/berpengalaman
o
Latihan & Seminar
§
Mesyuarat/Bengkel PVBT
2004 pendedahan awal
kepada
bakal Pegawai penilai/ pemeriksa
§
39th Ordinary Session
of UPOV Geneva
§
Expert Course on
PVT/DUS (oleh Pakar dari
Wagenighen,
Negara Belanda)
§
Asian Regional
Technical Meeting on Plant Variety
(UPOV/
DOA, Kuala Lumpur)
o
Kempen & Promosi -
Pendedahan Akta PVBT 2004
§
Pembangunan
Laman web Bhg Kawalan Kualiti Tanaman
(in-house) termasuk memuatkan Berita Terkini
mengenai
PVBT
§
Kempen & Promosi
untuk Wilayah Utara/Timur - AO
Daerah/
Bakal Pembiakbaka
§
Kempen & Promosi
untuk Wilayah Tengah/Selatan -
AO
Daerah/Bakal Pembiakbaka
§
Kempen & Promosi
untuk Sabah/Sarawak - AO Daerah/Bakal
Pembiakbaka |
|
v
Komponen
2: Sub-projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sumber
Genetik berperanan menghimpun, memulihara dan menilai
spesis-spesis buah-buahan, tanaman ubatan, rempah ratus dan
tanaman-tanaman lain melalui pembangunan aboretum. Satu usaha
berkait dengan PVBT ialah menerusi:
o
Pembangunan dan
penyelenggaraan Repositori untuk 11 stesen mewakili wilayah-wilayah
di 9 buah negeri. |
|
v
Komponen
3: Sub-projek Pengurusan Teknologi Maklumat -
Pembangunan
PVBT (Kawalan
Kualiti Tanaman) dan PPIRRS (Kawalan Racun Perosak)
Pembangunan aplikasi
ICT adalah input kritikal dalam penguatkuasaan PVBT menerusi satu
delivery system online yang mantap dan citizen-centric
untuk kegunaan bakal pembiakbaka, golongan sasar dan
orang awam. Satu aplikasi berinternet berkait dengan
pelaksanaan Akta PVBT 2004 perlu dibangun, diselenggara dan melalui
outsourcing, iaitu:
o
Pembangunan Sistem Data
Online Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (PVBT)
Putrajaya/Serdang |
|
v
Komponen
4: Sub-projek Pembangunan Pusat Kecemerlangan
Jabatan perlu berperanan sebagai pusat rujukan teknologi
pertanian terkini bagi para pegawai, usahawantani dan
agropreneurs. Di samping itu ianya perlu berfungsi sebagai
pusat khidmat kejenteraan dan automasi, pusat pengeluaran benih
bermutu, dan pusat latihan hands-on untuk memenuhi keperluan
pelanggan/ stakeholders. Satu usaha awalan berkait dengan
PVBT ialah menerusi:
o
Pembangunan dan
penyelenggaraan Tapak Ujian DUS di Serdang, Selangor dan Hulu Paka,
Terengganu.
...................................................................................................................................... |