| Objektif &
Fungsi Bahagian |
Objektif |
|
• Mengiktiraf
ladang-ladang yang mengamalkan AMALAN PERTANIAN BAIK
(APB/GAP) yang mesra alam dan menghasilkan produk yang
berkualiti dan selamat dimakan – menerusi Persijilan Skim Amalan
Ladang Baik Malaysia (SALM). |
|
• Mengiktiraf
pemilik ladang yang mengusahakan tanaman secara organik mengikut
keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam piawaian organik negara,
MS 1529 – menerusi Persijilan Skim Organik Malaysia
(SOM). |
|
• Melaksana
Khidmat Regulatori dan Penguat-kuasaan AKTA PERLINDUNGAN VARIETI
BARU TUMBUHAN (PVBT) 2004 (Akta 634). |
|
• Menggubal
dan menguatkuasa AKTA BENIH TANAMAN. |
|
• Menggalak
pemasaran secara online menerusi penggunaan portal
AgriBazaar di kalangan pemilik-pemilik sijil
SALM/SOM/pembiakbaka varieti baru tanaman/pengusaha benih tanaman
berdaftar. |
| ...................................................................................................................................... |
|
 |
| ...................................................................................................................................... |
Fungsi |
|
• Meningkatkan
lagi pelaksanaan AMALAN PERTANIAN BAIK menerusi Skim
Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM - dilancarkan pada Januari
2002, digubal berlandaskan beberapa piawaian antarabangsa --
seperti EurepGAP, Codex Alimentarius, di samping Malaysian
Standard for Agricultural Commodities) supaya lebih banyak
ladang akan berdaftar dan mengeluarkan produk makanan yang
berkualiti dan selamat.
> Pautan
http://bkktdoa-malaysia.tripod.com > Pautan
http://salmdoa-malaysia.tripod.com/
 Banner ==> pertalian MS ISO, APB/
SALM/ SOM/ Malaysia's Best &
AgriBazaar |
|
• Skim Organik
Malaysia (SOM) -
dilancarkan pada Disember 2003) dibangunkan untuk mengiktiraf
pengusaha ladang/perusahaan/ perdagangan yang menjalankan
perniagaan mengikut keperluan-keperluan yang ditetapkan dalan
piawaian organik negara (MS 1529).
>
Pautan http://somdoa-malaysia.tripod.com
• Pelaksanaan
SOM dapat mewujudkan pengusaha yang boleh mengeluarkan hasil
pertanian yang bebas daripada bahan sintetik dan sisabaki kimia.
Antara objektif SOM ialah:
o Untuk
memastikan produk organik yang dibeli oleh pengguna
adalah
sahih dikeluarkan mengikut amalan organik;
o Untuk
melindungi kepentingan pengusaha organik daripada
pengusaha
lain yang membuat kenyataan palsu; dan
o Untuk
meningkatan dayasaing produk organik keluaran Malaysia
di
pasaran tempatan dan eksport. |
|
• Fungsi utama
penguatkuasaan AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN (PVBT)
2004 adalah:
o Untuk
memberi perlindungan hak pembiakbaka bagi varieti
baru
tumbuhan dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan
yang
diberi oleh petani, masyarakat tempatan dan
pribumi;
o Untuk
menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam
pembiakbakaan
varieti baru tumbuhan di kalangan sektor awam dan
swasta;
o Untuk
merangsang kemajuan pembiakbakaan dan menentukan
aktiviti
bersepadu berasaskan cluster yang lengkap di sepanjang
rantaian nilai
produk, khususnya untuk eksport; dan
o Untuk
menggalakkan baka-baka yang bernilai tinggi dibawa masuk
dari
luar negara dan dimajukan dalam negara.
>
Pautan http://pvbtdoa-malaysia.tripod.com/ |
|
• Penggubalan
dan penguatkuasaan AKTA BENIH TANAMAN merupakan satu
mekanisme perundangan bagi memastikan kedapatan benih berkualiti di
dalam pasaran untuk kegunaan petani. Pada masa yang sama ia dapat
menjamin kepentingan semua stakeholders dalam industri
bijibenih.
>
Pautan http://bkktdoa-malaysia.tripod.com/BenihQ.html |
|
• Menggalak
pemilik-pemilik sijil SALM/SOM/pembiak-baka varieti baru
tanaman/pengusaha benih tanaman berdaftar menyebarluas sayap bagi
memasarkan hasil tani/produk pertanian/produk organik/hakcipta/benih
tanaman berkualiti mereka secara online melalui tawaran
jualan/peluang niaga dalam portal AgriBazaar (http://www.agribazaar.com.my/).
>
Pautan
http://agribazaarstory.tripod.com
|
| ...................................................................................................................................... |
|
 Promosi ladang bersijil SALM/SALT & SPLAM ==>
melebar sayap pemasaran ke peringkat global secara online dgn
AgriBazaar...Agri-Glocals go Global
|
| ...................................................................................................................................... |
|
Model
penerima Sijil SALM -- Usahawan tani (Harrani Dayat,
pemenang Anugerah Belia Nasional 2005, Kategori Pertanian; dan
Korporat (Dr Zainuddin Wazir, Synergy Farm) ==>
turut pasarkan hasil tani mereka melalui
AgriBazaar... |