|
Status Kempen APB/GAP |
|
|
|
KTP
Hari Bertemu Pelanggan: "Kementerian
Turun Padang"
:: Clients' Day : "Ministry's
Field Visit" |
|

 |
•
DENGKIL, 29/12/2005 -
KSU Kementerian Pertanian &
Industri Asas Tani, Y. Bhg. Tan Sri Abi Musa Asa'ari
bin Mohamed Nor hari ini melancarkan Program Hari Bertemu
Pelanggan di Dewan Orang Ramai Mukim Dengkil, Selangor.
Bertemakan
"Kementerian Turun Padang", program ini diharap dapat
membantu para petani/usahawantani tempatan secara terus selesaikan
kemusykilan/permasalahan mereka dgn para Pegawai pelbagai jabatan/ agensi
di bawah MOA.
Jabatan Pertanian turut memfokuskan
penerangan kpd pelanggan mengenai program-program APB/SALM, SOM dan
portal AgriBazaar, dsb.
Sesi Q&A digunakan sepenuhnya oleh komuniti tani dari
Dengkil dan sekitarnya.
|
|
BKKTpic
(29/12) |
<< Pegawai-pegawai bertugas (kelihatan Sdra Idrus dan Sdra Zainal
Rasol) sibuk memberi penerangan.... |
|
..................................................................................................................................... |
|
|
APB
Pelancaran Amalan Pertanian Baik (APB)
:: Launching of Good Agriculture Practice (GAP) |
|
•
Telah
disempurnakan oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
pada 22 Sept 2005 baru lalu bertempat di Ladang Nasuha, Pagoh, Muar
Johor.
|
..................................................................................................................................... |
|
|
•
Petikan liputan
berita mengenainya dimuatkan ke dalam Laman Web Bahagian
Kawalan Kualiti Tanaman - di url:
http://bkktdoa-malaysia.tripod.com/index_intro.html
|
..................................................................................................................................... |
|
|
•
Round Table
Discussion (RTD) on GAP in Agriculture
– Anjuran NPC;
15/9/2005.
Dua orang Pengarah dari Jabatan Pertanian (Hj Ramli Jaafar dan Mohd
Hussin Yunus) terlibat menyumbang memberi maklumbalas mengenai
APB. Forum RTD ini menyingkap persoalan yang timbul
berkisar kepada bagaimana konsep GAP dapat membantu melipatganda-kan
produktiviti dan daya saing dalam eksport barangan pertanian,
keselamatan makanan dan kebersihan.
|
..................................................................................................................................... |
|
|
APB
Kursus
Amalan Pertanian Baik (APB)
:: Good Agriculture Practice (GAP)
Courses |
|
•
Satu siri
Kursus APB bagi Usahawan MPPB telah dijalan-kan untuk pelaksanaan
dalam masa yang terdekat, yakni:
•
Kursus GAP Bagi
Usahawan MPPB (12-14/9/2005, Cameron Highlands)
•
Kursus GAP Bagi
Usahawan MPPB (18-20/9/2005, Langkawi)
•
Kursus GAP Bagi
Juruodit SALM (29/11-1/12/2005, Langkawi).
..................................................................................................................................... |
|
•
Kursus dirangka
khas ke arah mendapatkan pensijilan SALM kepada usahawan tanaman
bimbingan MPPB. Pakar runding dari Vibrant Yield Sdn Bhd
terlibat dalam penganjuran kursus-kursus ini. |
|

BKKTpic
(18/11) |
,
18-19/11/2005
LANGKAWI: 40 Pegawai-pegawai Pertanian Daerah dari
wilayah utara dan pantai timur telah didedahkan kpd
amalan pertanian baik - difokuskan kpd
keperluan persijilan SALM 'baru'
yang setanding dgn EurepGAP. Ceramah disampaikan oleh Dr
Zulkifli Kamaruzzaman
(kiri - Konsultan dari Vibrant Yield). |
|

BKKTpic
(18/11)
|
Sesi Q&A berjaya menyungkil pandangan bernas para peserta
-- menerusi perbincangan terbuka bersama Dr Zulkifli dan Sdra Arifin
Abdul Latif (Timbalan Pengarah Kawalan Kualiti Tanaman). |
|
<<
Wasa, Mohd Abdullah, Zulkifli, Abd Rahman -
antara peserta Negeri
Terengganu...
<< BKKTpic (19/11) |
|
..................................................................................................................................... |
|
|
•
Kursus Hands-on
APB/Kempen Penerangan
APB kpd Pengusaha Tani dan Orang Awam
telah/akan dianjurkan pada Sept 2005/sepanjang Nov 2005
nanti di setiap negeri. Ketiga-tiga komponen – tanaman, ternakan dan
perikanan dirangkumkan sekali – selari dengan usaha memperkenalkan
pensijilan SALM, SALT
dan SPLAM.
..................................................................................................................................... |
|
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
:: Malaysian Good Agriculture Practice
Scheme |
|
•
Sebagai contoh satu kejayaan APB boleh dilihat dari pencapaian
Tambun Valley Pomeloes yang telah disahkan mengamalkan APB oleh
Jabatan Pertanian. Dengan itu syarikat tersebut telah
diakreditasikan dengan pensijilan Skim Amalan Ladang Pertanian
Baik (SALM) yang kini telah menjaminkan mereka dapat
menembusi pasaran eksport/melebarkan sayap hingga ke Canada, Hong
Kong dan Indonesia.
..................................................................................................................................... |
|
•
Banyak liputan berita mengenai Tambun farm telah muncul dalam
akhbar-akhbar vernacular. Antara liputan berita dalam
akhbar-akhbar mainstream (seperti
dalam liputan berita berikut:
•
Pomelo
farm shows the way, NST, 22/11/2005
•
,
The STAR: Nation, 26/10/2005
• , The STAR: Nation, 13/9/2005
|
 |

Liputan
berita kejayaan pemilik sijil SALM, Tambun Valley Pomeloes. |
|
..................................................................................................................................... |
|
|
•
Setakat ini 150
ladang telah memperolehi pensijilan SALM, daripada sejumlah
800 permohonan. Satu kajian sedang dalam peringkat
perancangan untuk mengenal-pasti faktor penghalang kepada prestasi
yang agak lembab di kalangan komuniti tani.
..................................................................................................................................... |
|
•
Sesi-sesi
perbincangan
dengan
“Pegawai Kumpulan APB” di Jabatan–jabatan
Pertanian Negeri untuk memperbaiki kedudukan dan kemajuan penerimaan
SALM telah mula dijalankan dan akan dipesatkan lagi dalam masa yang
terdekat.
..................................................................................................................................... |
|
APB
Promosi Papan Billboard Poster APB
::
GAP Billboard Poster Promotion |
|
•
Pemberian sebutharga kepada kontraktor Bumiputera bagi sewaan
papan billboard untuk memaparkan poster APB di seluruh
negara telah dipasang bermula awal Nov 2005, meliputi tempoh 1 tahun.
•
Pemilihan lokasi tertumpu di sepanjang lebuh raya utara-selatan/laluan
strategik dan berhampiran dengan kawasan utama pertanian. Kesemua
negeri termasuk Sabah dan Sarawak telah mengesyorkan lokasi
masing-masing. |
<<
Billboard, dekat Seremban RSA
BKKTpic
(29/12)
..................................................................................................................................... |
|
Pegawai APB/SALM Jab Pertanian dilantik
::
DOA
Officials appointed as GAP/SALM-Group |
|
•
Seramai 41 Pegawai Pertanian berbagai pangkat dari berbagai
Bahagian/Negeri telah dikenalpasti dan dilantik sebagai “Pegawai
Kumpulan APB” di Jabatan Pertanian. Pegawai/Pakar berkenaan akan
menjadi champion/pakar rujuk kepada usaha Jabatan Pertanian
mempromosi dan memupuk APB/SALM dan di kalangan petani, usahawan
tani dan orang awam di setiap negeri. |
|
..................................................................................................................................... |
|
Promosi kepada Generasi Muda
::
Promoting the Younger Generation
|
|
•
Pertandingan Kempen Promosi APB telah dianjurkan bersempena
pelancaran bagi menerapkan kefahaman generasi muda. Dua pertandingan
telah diadakan, melukis dan menulis APB.
..................................................................................................................................... |
|
•
'Memupuk Kesedaran Pentingya Pertanian Moden kpd Generasi Muda: Abi
Musa',
23/12/2005
PUTRAJAYA -
KSU Kementerian Pertanian &
Industri Asas Tani, Y. Bhg. Tan Sri Abi Musa Asa'ari
bin Mohamed Nor hari ini telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada
para pemenang Pertandingan Menulis Esei & Melukis sempena
Kempen 'Amalan
Pertanian Baik'. Seramai 15 pelajar telah menerima hadiah esei
terbaik, dan 40 lagi bagi lukisan dalam berbagai kategori umur.
..................................................................................................................................... |